Sedar tak sedar dah nak masuk 4 bulan bercuti. Haihhh, cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam baru jee habis matrik, hurmmm.. Tinggal lagi berapa hari jee nak habiskan masa kat rumah ni, sebab lepas ni dah kene jalani life as a student balik.
FYI, aku dapat further study kat UUM. Ramai yang tanya kenapa utara lagi?? Dulu matrik kat Perlis kan? Nak duk utara lagi buat apa?? UUM tu tak bagus kan?? Haihh, bertubi-tubi soalan yang dilemparkan sampai penat dah nak jawab. First, memang dah tertulis dapat sana nak buat macam mana kan. Second, bersyukurlah ada jugak uni yang nak terima kita. Third, teruk sangat ke UUM tu? Belajar kat mana-mana pun sama je kan. Mentaliti orang sekarang memang tak boleh nak ubah dahh..
Okay enough, banyak sangat membebel buat ape kan. Btw, aku dapat course yang aku mintak kat sana (international business)...*yahoooo!! hahaa, excited sikit.. Course aku tu ramai yang cakap susah, tapi ntah laa, belum cuba belum tahu kan. Doakan aku okay.
Setakat ni preparation aku baru 60% siap. Aku sebenarnya malas nak kemas barang awal-awal. Nanti bila nak pergi barulah kelam kabut. Selalu je macam tu, lepastu ade je lah barang yang tinggal..hahaha
Setakat ni dulu lah cerita aku. Nanti aku update lagi k. Al maklum laa sekarang tengah busy mengemas..hehehe