annyeonghaseyo ! ! ! Malam-malam macam ni update blog pun best jugak. . . Hehehe, dah lame rasenya tak bagi tips kat korang kn. . . Takpe, malam ni saya nak share tips sikit okeyh. . . Chill, relax, and bace slow-slow yee. . . .
Suksess adalah sebuah kata yang begitu sederhana, namun memerlukan masa yang agak panjang untuk mencapainya. Motivasi diri yang kuat juga perlu kerana secara tidak langsung mampu menggerakkan you alls untuk mulai berusaha mendekatkan diri dengan impian yang dicita-citakan.
1- Berada di Dunia Fantasi.
Tak salah kalau you all nak bermimpi di siang hari. Bersama angan-angan inilah akan menjadikan you all lebih bersemangat sepanjang hari. Secara tidak langsung dengan sendirinya you all akan jadi lebih bermotivasi. Segala kerja yang you all lakukan pastilah dengan lebih ikhlas tanpa rasa terbeban sedikit pun.
2- Kekuatan Fikiran Bawah Sedar.
You all mempunyai potensi yang amat besar dalam fikiran bawah sedar. Tetapi, you all jarang membuktikan kekuatan yang terdapat pada fikiran tersebut. Gunakan impian yang ingin dicapai untuk mempengaruhi fikiran bawah sedar, kerana dapat mempengaruhi perilaku dan kegiatan yang you all lakukan sesuai dengan apa yang you all impikan.
3- Semangat Baru.
Rajin-rajinkan diri mencari inspirasi. Misalnya, membaca buku-buku motivasi orang-orang yang suksess dalam hidup ataupun mengikuti seminar motivasi dan semangat jati diri. Cara ini sedikit sebanyak membantu you all untuk lebih percaya pada keyakinan diri dan juga membuktikan kebolehan diri sendiri.
4- Percaya Diri.
Bekerja keras dengan penuh rasa tanggungjawab sangat diperlukan kerana dapat memotivasikan diri untuk memberikan hasil yang lebih baik. Keyakinan diri sudah tentulah amat penting. Jika tidak, bagaimana you all hendak mencapai impian jika you all rasa kemampuan berada pada tahap sifar? Segala masalah dan kegagalan yang terjadi sudah pasti dapat diatasi.
5- Pengaruh Kengkawan Sebaya.
Pilihlah kengkawan yang ingin memiliki impian yang hampir sama dengan you all. Apabila berada dalam lingkungan yang sama, sudah tentu you all akan memperoleh motivasi positif daripada mereka. Jika bermasalah, gerenti bantuan yang diperoleh akan menyenangkan segala kesukaran yang ada.
6- Disiplin Diri Yang Tinggi.
Nak berjaya, mestilah kene disiplin dan konsisten dengan apa yang ingin dicapai. Mulai sekarang, you all harus membiasakan disiplin diri dengan tujuan dan target yang ingin dicapai setiap hari. Impian yang ingin cepat tercapai, sudah tentu memerlukan jalan cerita yang singkat dan disiplin diri yang tinggi.
7- Perkembangan Impian.
Pilihlah haluan hidup yang tidak terlalu sederhana. Ini adalah kerana impian yang terlalu sederhana membuat you all tidak sepenuhnya "termotivasi" untuk mencapainya. Untuk menubuhkan motivasi dan kekuatan diri, you all memerlukan sebuah impian yang sangat besar untuk dicapai. Gapailah impian tersebut selagi peluang terbuka luas.